Bahan kimia yang terdapat di dalam makmal sains mestilah dikendalikan dengan berhati-hati.
Sesetengah bahan kimia yang amat berbahaya dan juga boleh membahayakan kesihatan kita. Ada yang meletup, menghakis, sangat mudah terbakar atau beracun/toksik.
Kita boleh mengetahui sifat bahan kimia tersebut dengan melihat label pada bekas atau botol yang mengandungi bahan-bahan kimia.
Rajah di bawah menunjukkan beberapa simbol yang terdapat pada label bekas atau botol yang mengandungi bahan-bahan kimia.

Menghakis (Corrosive)
Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.
Sangat mudah terbakar (Highly flammable)
Contoh: Fosforus putih, kuning fosforus, petrol, minyak tanah, etanol.

Meletup (Explosive)
Contoh: Natrium, kalium.
Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)
Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen sulfida.
Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant)
Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.
Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.
Langkah-langkah Dalam Penyelidikan Saintifik
Saintis melakukan penyelidikan saintifik dalam mendapatkan pengetahuan saintifik. Ini melibatkan penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui sebab-sebab fenomena saintifik.
Langkah-langkah yang perlu diambil dalam melakukan penyelidikan saintifik adalah seperti di bawah;
Langkah-langkah yang perlu diambil dalam melakukan penyelidikan saintifik adalah seperti di bawah;
- Menentu serta memastikan apa yang ingin kita ketahui.
- Membuat andaian yang bijak bagi menceritakan permasalahan.
- Rancang penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui samada andaian kita adalah benar.
- Tentukan apa yang perlu diubah semasa melakukan penyelidikan.
- Catat segala apa yang diperhatikan.
- Dapatkan maksud atau pengertian atas pemerhatian yang dilakukan.
- Tentukan samada andaian yang kita buat adalah benar.
- Tulis sebuah laporan penyelidikan saintifik.
No comments:
Post a Comment